Wednesday, February 20, 2008

PENDAHULUAN

Sektor perniagaan yang melibatkan perkhidmatan kian mendapat permintaan tinggi serta menawarkan banyak peluang kepada usahawan-usahawan yang mampu berdaya saing. Seiring dengan seruan dan wawasan kerajaan ke arah Visi 2020, maka tercetusnya cadangan bagi menubuhkan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kerja-kerja lanskap, hiasan dalaman disamping kerja-kerja penyelenggaraan dan ubahsuai. Disamping itu, kami juga menyediakan perkhidmatan butik perkahwinan serta menjahit pakaian wanita dan lelaki yang bernaung di bawah De’Lonix Design di mana ia merupakan salah satu cawangan milik penuh De’Lonix Enterprise.

Kami sentiasa menjanjikan perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan khidmat kami di dalam bidang yang berkaitan.Kami juga mengamalkan konsep 3P di mana setiap projek yang bakal dilaksanakan perlu bermula dari peringkat Perundingan bersama pelanggan serta Perancangan sehingga ke peringkat Pelaksanaan dan penyelenggaraannya.

Kami bersedia untuk memenuhi kehendak pelanggan bagi memastikan syarikat kami terus maju dan berdaya saing di dalam bidang perkhidmatan.

No comments: